Saturday, December 12, 2009

my fil filan?


My Fil Filan?

Kenapakah webblog ini di sebut sebagai 'My Fil Filan'? dengan ini diperjelaskan bahawa 'My Fil Filan' adalah sama ertinya dengan 'Malaysia Fil Filan'. Negara Malaysia dikenali dengan 'My' di internet dan 'MAL' diperingkat antarabangsa. Manakala 'Filfilan' pula adalah nama lama bagi sebuah negeri di Tanah Melayu. Kini Tanah Melayu dikenali dengan nama Malaysia. Nama Fil Filan pula adalah nama lama bagi negeri Pulau Pinang. Jadi 'My Fil Filan' ertinya 'Malaysia Pulau Pinang.

Fil Filan dipersada antarabangsa
Sebelum kedatangan Penjajah bangsa Belanda dan British suatu waktu dulu, Pulau Pinang ini telah dikenali dengan nama 'Fil Filan' oleh Pedagang-pedagang dari negeri Arab dan Asia Tengah. Kedutaan Arab juga mengenali nama Pulau Pinang ini dengan nama 'Fil Filan'.

Buktinya apabila para jemaah pergi mengerjakan haji di Mekah, bagi yang datang dari negeri Pulau Pinang boleh memaklumkan kepada Pegawai arab yang bertugas dengan menyebut "Ana Syeikh (nama anda) Fil Filan". Maksudnya dalam bahasa Melayu "Saya Syiekh (nama anda) dari Pulau Pinang.

Selamat datang ke dunia 'My Fil Filan',
Selamat datang juga ke webblog 'The Island of Fil Filan'.

Terima kasih,
Salam hormat.
-MyFilFilan

Rujukan & Kredit:
Terima kasih kepada
1.Fakta-Tuan Haji Yahaya Awang.
2.Gambar-Perpustakaan Negara Malaysia
3.Gambar-Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Welcome to Fil Filan!

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and salam sejahtera to everyone!

Welcome to the island of Fil Filan.

best regards,
Filfilan